Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pada tahun 1980, tragedi banjir besar telah melanda seluruh Malaysia yang turut melanda seluruh kawasan Mentakab. Sejurus selepas kejadian banjir besar itu, dimaklumkan bahawa hampir keseluruhan penduduk tempatan telah kehilangan penempatan.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana untuk membina penempatan baru yang ketika itu dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada mangsa banjir yang terlibat merangkumi penduduk Kampung Chatin, Kampung Penak, Kampung Lubuk Serdang dan juga Kampung Mambang Berulang.
Pada tahun 1995, kesemua perumahan telah siap dibina dan terciptalah Taman Bukit Cermin yang majoriti didiami oleh mangsa banjir dan penduduk berpendapatan rendah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024KUIZ KLIK DENGAN BIJAK (MAKLUMAT PALSU)
Aktiviti Terkini | 17 Disember 2022PEDi Taman Bukit Cermin telah mengadakan Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB) yang telah disertai oleh sebilangan penduduk sekitar Taman Bukit Cermin....baca selanjutnya
PROGRAM CERAMAH KESELAMATAN & LATIHAN KEBAKARAN OLEH BALAI BOMBA TEMERLOH
Aktiviti Terkini | 5 November 2022PEDi Bukit Tingkat telah menganjurkan program Ceramah Keselamatan & Latihan Kebakaran oleh Balai Bomba Temerloh. Program tersebut telah dihadiri oleh komuniti sekitar PEDi Bukit Tingkat....baca selanjutnya
SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL 2022 BERSAMA PEDI TAMAN JENGKA IMPIAN
Aktiviti Terkini | 9 Oktober 2022PEDi Taman Bukit Cermin 3 telah berkolaborasi bersama PEDi Taman Jengka Impian untuk mengadakan program sempena Sambutan Maulidur Rasul. Program ini telah dimeriahkan oleh penduduk sekitar komuniti Felda Raya Jengka 14....baca selanjutnya
PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA NAMA-NAMA NEGERI DI MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2022
Aktiviti Terkini | 18 September 2022Satu aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi Taman Bukit Cermin sempena Hari Malaysia yang melibatkan sebilangan pelajar daripada penduduk setempat yang berumur 13 tahun ke atas...baca selanjutnya
PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA ADIK PEDI BOLEH MELUKIS SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA 2022
Aktiviti Terkini | 14 Ogos 2022Satu program melukis dan mewarna sempena bulan kemerdekaan anjuran PEDi Taman Bukit Cermin yang melibatkan pelajar berumur 12 tahun kebawah daripada komuniti Taman Bukit Cermin....baca selanjutnya
JIGSAW PUZZLE CONTEST
Aktiviti Terkini | 16 Julai 2022PEDi Taman Bukit Cermin telah mengadakan pertandingan Jigsaw Puzzle yang telah disertai oleh sebilangan pelajar sekolah rendah sekitar Taman Bukit Cermin...baca selanjutnya
KUIZ KLIK DENGAN BIJAK (PENGGUNA INTERNET BIJAK)
Aktiviti Terkini | 11 Jun 2022PEDi Taman Bukit Cermin telah mengadakan kuiz Kik Dengan Bijak secara atas talian yang telah disertai oleh pelajar sekolah sekitar Taman Bukit Cermin....baca selanjutnya
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PEDI KLUSTER TEMERLOH 2022
Aktiviti Terkini | 15 Mei 2022Petugas PEDi daripada Kluster Temerloh telah bersepakat untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya yang telah dihadiri oleh sebilangan kakitangan PEDi daripada Kluster Temerloh....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MENGHASILKAN POSTER RAMADHAN MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA
Aktiviti Terkini | 16 April 2022Pusat Ekonomi Digital Taman Bukit Cermin mengadakan Pertandingan Menghasilkan Poster Ramadhan yang telah dihadiri oleh para pelajar dan komuniti sekitar Taman Bukit Cermin....baca selanjutnya
SPEED TYPING CONTEST
Aktiviti Terkini | 20 Mac 2022Pusat Ekonomi Digital Taman Bukit Cermin mengadakan ‘Speed Typing Contest’ yang dihadiri oleh para pelajar dan penduduk sekitar Taman Bukit Cermin....baca selanjutnya
KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA SK JENGKA PUSAT 2
Aktiviti Terkini | 22 Februari 2022PEDi Bukit Cermin dan PEDi Jengka Impian telah bekerjasama dengan SK Jengka Pusat 2 dalam menjayakan program Klik Dengan Bijak secara atas talian....baca selanjutnya
KELAS ICT PERTANDINGAN MEWARNA: TERIMA KASIH BARISAN HADAPAN
Aktiviti Terkini | 8 Januari 2022Pusat Ekonomi Digital Taman Bukit Cermin mengadakan pertandingan mewarna yang bertemakan “Terima Kasih Barisan Hadapan”....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya