PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA ADIK PEDI BOLEH MELUKIS SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA 2022
Aktiviti terkini |14 Ogos 2022Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Bukit Cermin 3
Ringkasan Aktiviti :
• Satu program melukis dan mewarna sempena bulan kemerdekaan anjuran PEDi Taman Bukit Cermin yang melibatkan pelajar berumur 12 tahun kebawah daripada komuniti Taman Bukit Cermin.
Tujuan :
• Mengenal serta menghayati bulan kemerdekaan Malaysia.
• Memupuk semangat perpaduan dan patriotisme dikalangan kanak-kanak.
• Meningkatkan daya kreatif dan menonjolkan bakat dalam melukis serta mewarna dikalangan kanak-kanak.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Petugas menerangkan terlebih dahulu tentang aktiviti yang akan dilakukan kepada semua peserta.
• Setiap peserta dikehendaki melukis serta mewarna gambar yang bertemakan Hari Kemerdekaan yang ke-65 Tahun iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama.
• Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada semua peserta yang terlibat.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memupuk semangat perpaduan serta cintakan tanah air dalam kalangan kanak-kanak.
• Dapat melahirkan generasi muda terutamanya golongan kanak-kanak untuk berfikiran kreatif dan inovatif.
• Golongan muda terutamanya kanak-kanak daripada komuniti setempat dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang seronok dan bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :