KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA SK JENGKA PUSAT 2
Aktiviti terkini |22 Februari 2022Tempat Aktiviti:
Quizizz, Google Meet & Makmal Komputer SK Jengka Pusat 2
Tujuan :
• Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan tentang keselamatan, tanggungjawab dan kewaspadaan yang berfokus kepada kawal selia kendiri dalam usaha membendung masalah penyalahgunaan internet.
• Melibatkan golongan muda untuk sentiasa peka dan aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• PEDi Bukit Cermin di tugaskan untuk menjadi juri bagi aktiviti ini. Tiga pemenang dipilih dan diberikan hadiah manakala peserta yang lain diberikan cenderahati.
• Sejumlah 45 orang murid telah menyertai aktiviti ini dan diminta menjawab “Quizizz” bertempat di makmal komputer serta diperhatikan oleh petugas PEDi Jengka secara atas talian.
Kelebihan Aktiviti :
• Aktiviti ini memberi manfaat kepada peserta dalam mewujudkan persekitaran dalam talian yang selamat terutamanya kepada pelajar.
• Aktiviti ini juga dapat memberi pendedahan kepada golongan belia khasnya pelajar sekolah tentang pentingnya kawal selia kendiri.
• Pelajar juga dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :