Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada tahun 1980, tragedi banjir besar telah melanda seluruh Malaysia yang turut melanda seluruh kawasan Mentakab. Sejurus selepas kejadian banjir besar itu, dimaklumkan bahawa hampir keseluruhan penduduk tempatan telah kehilangan penempatan.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana untuk membina penempatan baru yang ketika itu dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada mangsa banjir yang terlibat merangkumi penduduk Kampung Chatin, Kampung Penak, Kampung Lubuk Serdang dan juga Kampung Mambang Berulang.

Pada tahun 1995, kesemua perumahan telah siap dibina dan terciptalah Taman Bukit Cermin yang majoriti didiami oleh mangsa banjir dan penduduk berpendapatan rendah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN

Aktiviti Terkini | 24 Disember 2020

Berikutan pandemik yang melanda negara kita, penduduk sekitar Taman Sri Semantan, Temerloh mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis solat hajat dan bacaan Yassin di Surau Sri Semantan mengikut SOP yang dibenarkan oleh kerajaan...baca selanjutnya

PROGRAM DIGITAL COMPETENCY SCORE(DCS).

Aktiviti Terkini | 23 November 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation(MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020)....baca selanjutnya

HEBAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN, PENCEGAHAN COVID-19, PERLAKSANAAN SEMULA BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN TAHUN 2020 DI SEKITAR TAMAN BUKIT CERMIN DAN KAMPUNG PENAK

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2020

Hebahan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, Pencegahan Covid-19 serta perlaksanaan semula banci penduduk dan perumahan tahun 2020 di sekitar Taman Bukit Cermin dan Kampung Penak...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA BERTEMAKAN KLIK DENGAN BERSAMA TABIKA KEMAS TAMAN BUKIT CERMIN.

Aktiviti Terkini | 25 September 2020

Menyampaikan dengan lebih terperinci kempen SKMM “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong” kepada murid-murid dan guru di Tabika Kemas Taman Bukit Cermin...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 2020

Aktiviti Terkini | 15 Ogos 2020

Merapatkan hubungan silaturahim antara staf-staf Pusat Internet Bukit Cermin dengan pengunjung setia PI Taman Bukit Cermin ...baca selanjutnya

ONLINE COLORING CONTEST

Aktiviti Terkini | 19 Julai 2020

Merapatkan hubungan silaturahim antara staf-staf Pusat Internet Bukit Cermin dengan pengunjung setia PI Taman Bukit Cermin ...baca selanjutnya

SESI PENDAFTARAN MYFUTUREJOBS DI PI TAMAN BUKIT CERMIN.

Aktiviti Terkini |20 Jun 2020

Merapatkan hubungan silaturahim antara staf-staf Pusat Internet Bukit Cermin dengan pengunjung setia PI Taman Bukit Cermin...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH. ‘ANIMATION USING MICROSOFT POWERPOINT 2020’.

Aktiviti Terkini | 7 Mac 2020

Merapatkan hubungan silaturahim antara staf-staf Pusat Internet Bukit Cermin serta berbincang aktiviti-aktiviti bersama di masa akan datang...baca selanjutnya

KARNIVAL JELAJAH LAMBAIAN KAABAH GENG MASJID.

Aktiviti Terkini |15 Februari 2020 – 16 Februari 2020

Karnival ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada bakal-bakal penunai umrah mahupun haji supaya menggunakan pakej umrah yang sah agar tidak tertipu oleh mana-mana agent palsu....baca selanjutnya

MERENTAS DESA SK BUKIT CERMIN

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2020

Aktiviti merentas desa merupakan acara wajib di setiap sekolah di seluruh negeri di Malaysia. Begitu juga di Sekolah Kebangsaan Bukit Cermin. Kebiasaannya, aktiviti merentas desa di jalankan pada awal tahun persekolahan bagi memudahkan pemilihan atlet untuk mewakili pertandingan di peringkat daerah. Pada masa yang sama, ia memudahkan lagi perjalanan pembelajaran di sekolah dengan aktiviti di awal tahun ini. Murid-murid dapat merasai pengalaman yang menarik semasa dibangku sekolah dan akan menjadi satu kenangan seumur hidup. Seperti di Sekolah Kebangsaan Bukit Cermin ini, merentas desa diadakan mengikut dua kategori iaitu tahap satu dan juga tahap dua. Mereka akan dilepaskan berperingkat mengikut kategori masing-masing. Ini memudahkan lagi perjalanan sesebuah aktiviti. Diharapkan aktiviti merentas desa ini akan menjadikan murid-murid yang cergas dan sentiasa melakukan senaman untuk menjaga kesihatan diri masing-masing....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti