KUIZ KLIK DENGAN BIJAK (MAKLUMAT PALSU)

Aktiviti terkini |17 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Bukit Cermin 3

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Taman Bukit Cermin telah mengadakan Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB) yang telah disertai oleh sebilangan penduduk sekitar Taman Bukit Cermin.


Tujuan :
• Memahami 4 aspek iaitu sumber, faham, selidik & nilai dalam berkongsi setiap maklumat di Internet.
• Berwaspada dalam setiap perkongsian di laman sosial semasa menggunakan Internet.
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang cara yang betul dan selamat dalam menggunakan Internet.
• Belajar nilai dan etika yang harus diamalkan oleh setiap individu dalam sebarang aktiviti di alam siber.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Petugas menerangkan terlebih dahulu tentang syarat-syarat pertandingan kepada semua peserta.
• Kuiz diadakan secara atas talian dengan mengakses pautan https://kahoot.it/
• Semua peserta berjaya menjawab kuiz Klik Dengan Bijak mengikut masa yang diberikan.
• Sesi penyampaian hadiah kepada semua peserta mengakhiri program pada hari tersebut.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menarik minat pelajar sekolah untuk berkunjung dan menggunakan kemudahan ICT yang disediakan di PEDi Taman Bukit Cermin.
• Dapat mengamalkan kawal selia kendiri serta menggunakan internet secara waspada dan positif.
• Golongan pelajar sekolah daripada komuniti setempat dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang sihat dan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :