Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pada tahun 1980, tragedi banjir besar telah melanda seluruh Malaysia yang turut melanda seluruh kawasan Mentakab. Sejurus selepas kejadian banjir besar itu, dimaklumkan bahawa hampir keseluruhan penduduk tempatan telah kehilangan penempatan.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana untuk membina penempatan baru yang ketika itu dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada mangsa banjir yang terlibat merangkumi penduduk Kampung Chatin, Kampung Penak, Kampung Lubuk Serdang dan juga Kampung Mambang Berulang.
Pada tahun 1995, kesemua perumahan telah siap dibina dan terciptalah Taman Bukit Cermin yang majoriti didiami oleh mangsa banjir dan penduduk berpendapatan rendah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PERLAWANAN PUSINGAN PENCARIAN PASUKAN E-SPORT MLBB MEWAKILI NADI TAMAN BUKIT CERMIN
Aktiviti Terkini | 17 September 2024Mencungkil bakat kemahiran kanak-kanak dalam permainan atas talian....baca selanjutnya
BASIC ICT – MALAYSIAN ETHNIC PALETTE
Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2024Dalam meraikan bulan kemerdekaan, aktiviti mewarnai baju kaum Melayu yang bertemakan bulan kemerdekaan ini mampu memberi peserta bereksperimen dengan warna dan teknik yang berbeza untuk menghasilkan hasil yang unik....baca selanjutnya
BASIC ICT – SESI BIMBINGAN MINIT MESYUARAT
Aktiviti Terkini | 11 Julai 2024Sesi bimbingan minit mesyuarat ini mampu membantu dan meningkatkan kecekapan para komuniti Taman Bukit Cermin dalam menghasilkan minit mesyuarat yang bermutu....baca selanjutnya
BASIC ICT – FAST TYPER CHALLENGE
Aktiviti Terkini | 22 Jun 2024Cabaran “Fast Typer” ini dijalankan bagi melatih para peserta dan komuniti setempat dalam menguasai kemahiran menggunakan peralatan komputer demi melahirkan komuniti dan anak bangsa yang celik IT.....baca selanjutnya
BASIC ICT – KELAS BIMBINGAN PENDAFTARAN IDME
Aktiviti Terkini | 8 Mei 2024Satu program iaitu Kelas Bimbingan Pendaftaran di Sistem idME dianjurkan oleh NADI Taman Bukit Cermin 3 yang terdiri dari kalangan ibubapa/penjaga bagi memahami cara membuat pengisian permohonan kemasukan ke tahun 1 bagi pihak anak-anak mereka....baca selanjutnya
BASIC ICT – KELAS ASAS MS POWERPOINT
Aktiviti Terkini | 23 April 2024Satu program iaitu kelas Asas Komputer gabungan bersama NADI Jengka Impian dan NADI Taman Bukit Cermin 3 telah diadakan...baca selanjutnya
BASIC ICT – KELAS ASAS KOMPUTER
Aktiviti Terkini | 5 Mac 2024Seramai 10 orang peserta yang berumur 7-12 tahun yang tinggal di sekitar komuniti Taman Jengka Impian telah menyertai kelas komputer ini....baca selanjutnya
KURSUS ASAS KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE
Aktiviti Terkini | 27– 28 Februari 2024Satu kursus pendek Asas Komputer & Microsoft Office gabungan bersama PEDi Jengka Impian dan anjuran bersama KRT Taman Bukit Cermin telah diadakan...baca selanjutnya
AKTIVITI MENGHASILKAN PAPER PINWHEEL
Aktiviti Terkini | 10 Januari 2024Satu aktiviti kraf ringkas berwarna-warni, kreatif dan menarik yang boleh digunakan oleh semua peringkat umur telah diadakan di PEDi Taman Bukit Cermin 3...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya