Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada tahun 1980, tragedi banjir besar telah melanda seluruh Malaysia yang turut melanda seluruh kawasan Mentakab. Sejurus selepas kejadian banjir besar itu, dimaklumkan bahawa hampir keseluruhan penduduk tempatan telah kehilangan penempatan.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana untuk membina penempatan baru yang ketika itu dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada mangsa banjir yang terlibat merangkumi penduduk Kampung Chatin, Kampung Penak, Kampung Lubuk Serdang dan juga Kampung Mambang Berulang.

Pada tahun 1995, kesemua perumahan telah siap dibina dan terciptalah Taman Bukit Cermin yang majoriti didiami oleh mangsa banjir dan penduduk berpendapatan rendah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS SHOPEE 1.0

Aktiviti Terkini | 4 Disember 2021

Pusat Ekonomi Digital Taman Bukit Cermin mengadakan kelas Shopee 1.0 dengan gabungan bersama Pusat Ekonomi Digital Jengka Impian....baca selanjutnya

“FIZIK BAHAGIAN 1”

Aktiviti Terkini | 22 November 2021

Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Taman Bukit Cermin. Live ini diadakan di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Taman Bukit Cermin. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Ekonomi Digital Taman Bukit Cermin terutamanya pelajar tingkatan 4&5 yang mengambil subjek fizik bagi memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang subjek ini. Program ini melibatkan pengikut –pengikut Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Taman Bukit Cermin....baca selanjutnya

“JOM JADI PENGGUNA BIJAK”

Aktiviti Terkini | 25 Oktober 2021

Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Cermin. Live ini diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Cermin. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Cermin mengenai jom jadi pengguna yang bijak.Program ini melibatkan pengikut –pengikut Facebook Page PIK Taman Bukit Cermin....baca selanjutnya

“JOM MULAKAN PERNIAGAAN ATAS TALIAN”

Aktiviti Terkini | 25 September 2021

Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Cermin. Live ini diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Cermin. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Cermin mengenai tip-tip untuk memulakan perniagaan secara atas talian melalui program/kelas keusahawanan atau PUPUK (Shopee) di PIK Taman Bukit Cermin. Program ini melibatkan pengikut –pengikut Facebook Page PIK Taman Bukit Cermin...baca selanjutnya

KELAS PDPR MATA PELAJARAN SEJARAH PELAJAR TINGKATAN 1 SMK TAMAN BUKIT CERMIN

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2021

Pelajar sekolah SMK Taman Bukit Cermin sedang mengikuti kelas Pdpr subjek Sejarah Tingkatan 1 di Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Cermin kerana mempunyai masalah kemudahan Internet di rumahnya....baca selanjutnya

DEPRESI : AMBIL PEDULI

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2021

Pandemik Covid 19 menyebabkan peningkatan kes bunuh diri di Malaysia. Tekanan emosi rakyat berikutan kehilangan pekerjaan, masalah peribadi dan kewangan meyebabkan ramai yang mengalami kemurungan sehingga meyebabkan ramai yang hilang kawalan...baca selanjutnya

KEBAIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT MASA KINI

Aktiviti Terkini | 8 Julai 2021

Ekoran daripada pandemik yang melanda negara,seluruh Pusat Internet Komuniti di Malaysia tidak dibenarkan beroperasi dan diberi tugasan untuk membuat Video ICT.Sehubungan dengan itu, PIK Taman Bukit Cermin mengambil inisiatif untuk membuat Video ICT bertajuk “Kebaikan Teknologi Maklumat Masa Kini” dan sudah dimuat naik di Facebook page PIK Taman Bukit Cermin.Diharapkan masyarakat setempat khususnya dapat memanfaatkan sedikit maklumat ini dan boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian dalam mengharungi kehidupan norma baharu ini.Ini kerana pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa had masa. Maklumat yang di perolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar.Enjin carian seperti google.com, search.com, yahoo.com dan sebagainya digunakan sebagai platform untuk mendapatkan maklumat. Pelayar internet hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka ingin sama ada ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya....baca selanjutnya

PERANAN PENGGUNAAN GAJET DALAM PEMBELAJARAN E-LEARNING

Aktiviti Terkini | 14 Jun 2021

Ekoran daripada pandemik yang melanda negara,seluruh Pusat Internet Komuniti di Malaysia tidak dibenarkan beroperasi dan diberi tugasan untuk membuat Video ICT dan juga FB Live. Sehubungan dengan itu, PIK Taman Bukit Cermin mengambil inisiatif untuk membuat FB Live yang bertajuk “Peranan Penggunaan Gajet Dalam Pembelajaran E-Learning” dan sudah dimuat naik di Facebook page PIK Taman Bukit Cermin. Diharapkan dengan perkongsian maklumat dan perkongsian idea di FB Live ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar yang sedang menjalani pembelajaran secara PDPR untuk lebih mudah belajar dengan norma baharu ini....baca selanjutnya

INFO VAKSIN COVID 19 & SOALAN LAZIM PROGRAM IMUNISASI VAKSIN COVID 19

Aktiviti Terkini | 8 Jun 2021

Ekoran daripada pandemik yang melanda negara,seluruh Pusat Internet Komuniti di Malaysia tidak dibenarkan beroperasi dan diberi tugasan untuk membuat Video ICT.Sehubungan dengan itu, PIK Taman Bukit Cermin mengambil inisiatif untuk membuat Video ICT bertajuk “ Info Vaksin Covid 19 & Soalan Lazim Program Imunisasi Vaksin Covid 19” dan sudah dimuat naik di Facebook page PIK Taman Bukit Cermin.Diharapkan rakyat Malaysia mendapat kesedaran dengan membuat temujanji vaksin di Mysejahtera supaya bersama-sama kita membasmi wabak yang sangat berbahaya ini....baca selanjutnya

E-LEARNING(PDPR) SUBJEK SEJARAH DAN SUBJEK ALAM SEKITAR TINGKATAN 1

Aktiviti Terkini | 24 Mei 2021

Ekoran daripada penutupan semula sekolah,kerajaan mengambil inisiatif untuk terus mengadakan pembelajaran secara Pdpr dan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Pusat Internet Komuniti seluruh Malaysia. Begitu juga di PIK Taman Bukit Cermin,staf membantu masyarakat dengan turut membantu dalam menjayakan kelas Pdpr daripada pihak sekolah berdekatan.Dengan masalah Internet dan kemudahan ICT oleh kebanyakan para pelajar,mereka yang terjejas dengan masalah ini boleh hadir ke PIK Taman Bukit Cermin untuk turut menghadiri kelas Pdpr dengan kapasiti tidak melebihi 5 orang pada satu masa dan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.Diharapkan dengan sedikit bantuan daripada kami pihak Pusat Internet Kmuniti di seluruh Malaysia ini dapat membantu anak-anak pelajar yang mengalami masalah kemudahan pembelajaran sepanjang tempoh PKP ini....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN SEKITAR TAMAN BUKIT CERMIN DAN TANAH PERKUBURAN KG PENAK

Aktiviti Terkini | 10 April 2021

Sempena menyambut bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan, penduduk Taman Bukit Cermin dan Kg Penak sepakat untuk menjalankan aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan sekitar dan juga tanah perkuburan. Aktiviti ini diketuai oleh KRT Taman Bukit Cermin dan juga MPKK Kg Penak. Aktiviti ini tidak melibatkan ramai penyertaan kerana mematuhi SOP yang telah ditetapkan untuk bersama-sama mencegah penularan wabak Covid-19. Diharapkan aktiviti kemasyarakatan seperti ini dapat dilakukan setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan supaya masyarakat menyedari pentingnya menjaga kebersihan persekitaran....baca selanjutnya

KUIZ ONLINE SUBJEK BAHASA MELAYU PELAJAR DARJAH SK BUKIT CERMIN

Aktiviti Terkini | 13 Mac 2021

Ekoran pandemik yang melanda negara, sektor pendidikan turut terjejas kerana sesi persekolahan tidak dapat dijalankan seperti biasa.Maka oleh itu,pihak Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Cermin mengambil inisiatif untuk membantu para pelajar berdekatan dengan menjalankan beberapa aktiviti dan kelas secara atas talian seperti Kuiz Online Pelajar Darjah 6 (Subjek Bahasa Melayu).Ini sedikit sebanyak membantu pelajar yang tidak mempunyai kemudahan pembelajaran seperti Internet untuk terus menuntut ilmu dengan menggunakan kemudahan yang telah disediakan.Diharapkan para pelajar dapat terus bersemangat menuntut ilmu walaupun mempunyai kekurangan pembelajaran....baca selanjutnya

KELAS ONLINE TINGKATAN 1 SMK BUKIT CERMIN(SUBJEK REKA BENTUK TEKNOLOGI)

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2021

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan...baca selanjutnya

KELAS ONLINE TINGKATAN 1 SMK BUKIT CERMIN(SUBJEK SEJARAH,SAINS DAN MATEMATIK).

Aktiviti Terkini | 23 Januari 2021

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti