Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pada tahun 1980, tragedi banjir besar telah melanda seluruh Malaysia yang turut melanda seluruh kawasan Mentakab. Sejurus selepas kejadian banjir besar itu, dimaklumkan bahawa hampir keseluruhan penduduk tempatan telah kehilangan penempatan.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana untuk membina penempatan baru yang ketika itu dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada mangsa banjir yang terlibat merangkumi penduduk Kampung Chatin, Kampung Penak, Kampung Lubuk Serdang dan juga Kampung Mambang Berulang.
Pada tahun 1995, kesemua perumahan telah siap dibina dan terciptalah Taman Bukit Cermin yang majoriti didiami oleh mangsa banjir dan penduduk berpendapatan rendah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024HARI BERSAMA KOMUNITI DI PUSAT INTERNET KERAYONG MAKMUR
Aktiviti Terkini | 09 Disember 2018Hari Bersama Komuniti diadakan untuk memberi peluang kepada ahli PI dan penduduk setempat berkumpul dan menjalankan aktiviti bersama-sama dan juga bagi menghargai jasa penduduk setempat kerana sentiasa menberi kerjasama kepada pihak PI dengan setiap aktiviti yang dilakukan oleh pihak PI. Di samping itu, hari bersama komuniti ini juga diadakan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PI....baca selanjutnya
KEM NAK SIHAT TEMERLOH GTZ 2018
Aktiviti Terkini | 24 November 2018Program Jom Hidup Sihat ini adalah untuk menggembleng usaha dan tanaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti merokok dan penyalahgunaan dadah....baca selanjutnya
BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018
Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya
JEMPUTAN MENYAMPAIKAN CERAMAH BERKAITAN JENAYAH SIBER DI SBP INTEGRASI TEMERLOH
Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2018Pada era globalisasi yang serba canggih ini, penggunaan internet semakin berleluasa. Namun demikian, terdapat sesetengah pihak yang menyalahgunakan kemudahan sseperti internet bagi tujuan negatif. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan dalam membendung masalah seperti ini sebelum menjadi-jadi bak kata pepatah ‘ mencegah lebih baik dari mengubati....baca selanjutnya
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA DAERAH TEMERLOH
Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2018Acara tahunan ini bertujuan untuk menanam serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada penjawat awam, swasta, masyarakat setempat dan murid bahawa sukan sebagai unsur bagi menjana kesihatan secara berterusan dan menjadikan sukan sebagai budaya dalam kehidupan seharian....baca selanjutnya
PROGRAM GEGAR 10000 LANGKAH MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2018
Aktiviti Terkini | 21 September 2018Program Anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh Sempena Sambutan Hari Malaysia ini bertujuan untuk memupuk rasa cinta akan kesihatan diri sendiri disamping mencintai serta menyayangi Negara Malaysia. Tema pada tahun ini ialah “Koi nak bersih, koi nak sihat”. Program ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya melakukan senaman seperti berjalan 10000 langkah kepada kesihatan tubuh badan manusia....baca selanjutnya
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAERAH TEMERLOH
Aktiviti Terkini | 31 Ogos 2018Sudah menjadi budaya di setiap tempat apabila tibanya bulan Ogos, pastinya rancangan dan program berkaitan sambutan kemerdekaan Negara akan diadakan bagi memupuk semangat patriotik dan sifat cintakan Negara dalam kalangan diri masyarakat khususnya dan warga sekolah amnya....baca selanjutnya
JAMUAN HARI RAYA PUSAT INTERNET
Aktiviti Terkini | 15 Julai 2018Jamuan Tahunan Sambutan Hari Raya di Pusat Internet Bukit Cermin ini merupakan acara tahunan bagi bersama-sama meraikan sambutan Hari Raya bersama ahli Pusat Internet dan masyarakat setempat. Majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara dua pihak dan dapat menikmati pelbagai juadah Hari Raya yang telah disediakan....baca selanjutnya
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Aktiviti Terkini | 08 Jun 2018Majlis ini merupakan acara tahunan yang akan dijalankan di sekolah ini bagi menambahkan lagi keberkatan dan kemeriahan bulan Ramadhan al-Mubarak tahun ini....baca selanjutnya
PERLUMBAAN LARI BERGANTI-GANTI JALANRAYA KEBANGSAAN BANDAR TEMERLOH KALI KE 17
Aktiviti Terkini | 01 Mei 2018Perlumbaan Lari Berganti-ganti Jalanraya Kebangsaan Bandar Temerloh Kali ke 17-2018 ini dijalankan pada setiap tahun bagi memenuhi aktiviti tahunan di Temerloh. Perlumbaan ini melibatkan pelbagai golongan kanak-kanak, pelajar sekolah, belia dan juga warga emas untuk menyertainya....baca selanjutnya
MINGGU SAINS NEGARA
Aktiviti Terkini | 06 - 07 April 2018Penganjuran program ini adalah selari dengan sambutan World Science Day yang dianjurkan oleh United Nations Organization for Education, Science and Culture (UNESCO) semenjak tahun 2002. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan sains dan merapatkan jurang antara sains dan masyarakat dengan menampilkan pelbagai program berasaskan “sains” yang menarik dan interaktif...baca selanjutnya
Program Advokasi di Majlis Perasmian PI1M Bukit Tingkat
Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia Bukit Tingkat, Temerloh Pahang yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin 31 Mac 2018....baca selanjutnya
SUKAN OLAHRAGA SK BUKIT CERMIN
Aktiviti Terkini | 28 Februari 2018Kejohanan sukan tahunan sekolah adalah merupakan salah satu program tahunan sekolah.Kejohanan ini dirancang bagi mengisi program kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bukit Cermin bagi tahun 2018....baca selanjutnya
KARNIVAL JELAJAH SEBENARNYA.MY ANJURAN MCMC WILAYAH TIMUR
Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018Perlaksanaan Karnival Jelajah SEBENARNYA.MY adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada masyarakat untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain....baca selanjutnya
HARI TERBUKA PI1M TAMAN BUKIT CERMIN 3
Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018Hari Terbuka ini bertujuan untuk menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk interaksi yang sihat di kalangan pegawai, guru, dan murid berbagai kaum serta masyarakat setempat kearah melahirkan pelajar celik IT...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya