Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pada tahun 1980, tragedi banjir besar telah melanda seluruh Malaysia yang turut melanda seluruh kawasan Mentakab. Sejurus selepas kejadian banjir besar itu, dimaklumkan bahawa hampir keseluruhan penduduk tempatan telah kehilangan penempatan.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana untuk membina penempatan baru yang ketika itu dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada mangsa banjir yang terlibat merangkumi penduduk Kampung Chatin, Kampung Penak, Kampung Lubuk Serdang dan juga Kampung Mambang Berulang.
Pada tahun 1995, kesemua perumahan telah siap dibina dan terciptalah Taman Bukit Cermin yang majoriti didiami oleh mangsa banjir dan penduduk berpendapatan rendah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024ART VENTURE KID’S EVENT
Aktiviti Terkini | 26 Disember 2016Aktiviti Art Venture Kid’s ini bertujuan memenuhi waktu lapang ahli PI1M sempena cuti sekolah ini. Disamping itu, aktiviti ini di jalankan berdasarkan permintaan peserta kerana mereka lebih tertarik dengan aktiviti reka cipta yang menghasilkan produk...baca selanjutnya
KDB & Digi CyberSafe
Aktiviti Terkini | 20 November 2016Aktiviti ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia Bentong kepada komuniti setempat sekaligus mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan dan mengeratkan lagi hubungan antara pihak pengurusan PI1M dengan komuniti untuk lebih mudah berkomunikasi...baca selanjutnya
Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak
![](images/events/2016/banner080916.png)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.
Mempelajari dan mencipta video kreatif menggunakan software “Easy Movie Maker”
Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2016Aktiviti mempelajari dan mencipta video kreatif menggunakan software “Easy Movie Maker” ini bertujuan untuk merangsang pelajar untuk lebih kreatif dalam melakukan sesuatu pekerjaan di samping boleh berdaya saing Antara satu sama lain...baca selanjutnya
Aktiviti Mencari Objek Tersembunyi dalam Gambar
Aktiviti Terkini | 26 September 2016Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman (PDTK) telah menganjurkan acara Hari Komuniti Pintar di Kemaman selama 3 hari bermula dari 22 Julai lalu....baca selanjutnya
TAYANGAN VIDEO DAN FILEM SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
21 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniTujuan Program adalah untuk mengeratkan silaturahim antara ahli PI1M dengan staff dan menanam semangat bulan Kemerdekaan juga meningkatkan tahap kesedaran terhadap bulan Kemerdekaan dalam kalangan pelajar....baca selanjutnya
PEMBUKAAN KIOSK DAN KAUNTER PENDAFTARAN DI KARNIVAL SIHAT PERKARA NEGARA (KOSPEN) ANJURAN KRT TAMAN BUKIT CERMIN
21 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniProgram ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara ahli PI1M dengan staff dan mempromosikan PI1M Bukit Cermin kepada penduduk setempat juga meningkatkan jumlah ahli berdaftar sebagai ahli PI1M....baca selanjutnya
GOTONG ROYONG BERSAMA AHLI PI1M BUKIT CERMIN
20 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniTujuan program adalah untuk mengeratkan silaturahim antara ahli PI1M dengan staff dan menghias PI1M sempena bulan kemerdekaan serta meningkatkan tahap tanggungjawab terhadap keadaan PI1M dalam kalangan ahli PI1M...baca selanjutnya
Pertandingan Menaip Terpantas
17 Julai 2016 | Aktiviti TerkiniTujuan program ialah membantu peserta yang terdiri dalam kalangan pelajar sekolah untuk mengenali setiap abjad di “keyboard” komputer dan fungsinya...baca selanjutnya
PERTANDINGAN REKA CIPTA
16 April 2016 | Aktiviti TerkiniPertandingan ini adalah untuk meningkatkan kreativiti dalam kalangan ahli-ahli PI1M...baca selanjutnya
GOTONG-ROYONG BERSAMA AHLI PI1M BUKIT CERMIN
27 Mac 2016 | Aktiviti TerkiniMengeratkan hubungan antara ahli PI1M Bukit Cermin bersama staf...baca selanjutnya
PERTANDINGAN ENGLISH PUZZLE SIRI 1/2016
20 Mac 2016 | Aktiviti TerkiniMengeratkan hubungan antara ahli PI1M Bukit Cermin bersama staf...baca selanjutnya
MAJLIS BACAAN YASSIN KUMPULAN WANITA BUKIT CERMIN
5 Mac 2016 | Aktiviti TerkiniMengeratkan hubungan silaturahim antara kaum wanita dan kaum ibu di sekitar Taman Bukit Cermin dengan staf di PI1M Bukit Cermin... baca selanjutnya
Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif
Berita TerkiniPertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan... baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan... baca selanjutnya
KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniDi PI1M Bukit Cermin 3 ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Cermin 3 seperti kelas komputer dan sebagainya.