SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL 2022 BERSAMA PEDI TAMAN JENGKA IMPIAN

Aktiviti terkini |9 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Masjid Al-Amin Felda Raya Jengka 14

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Taman Bukit Cermin 3 telah berkolaborasi bersama PEDi Taman Jengka Impian untuk mengadakan program sempena Sambutan Maulidur Rasul.
• Program ini telah dimeriahkan oleh penduduk sekitar komuniti Felda Raya Jengka 14.


Tujuan :
• Memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW disamping menghayati sirah hidup baginda.
• Menguji dan meningkatkan pengetahuan mengenai sejarah hidup Nabi Muhammad SAW.
• Memupuk perasaan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW serta menjadikan baginda sebagai contoh teladan sepanjang kehidupan kelak.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dimulai dengan perarakan berselawat daripada penduduk setempat yang terlibat.
• Kemudian, aktiviti mewarna kanak-kanak dan dewasa serta kuiz Klik Dengan Bijak diadakan.
• Petugas menerangkan terlebih dahulu tentang aktiviti yang akan dilakukan kepada semua peserta.
• Selain itu, pertandingan azan juga diadakan untuk memeriahkan lagi Sambutan Maulidur Rasul kali ini.
• Program tersebut berakhir dengan sesi penyampaian cenderamata kepada semua peserta.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mengambil iktibar dan memperingati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengorbanan dan pengajaran.
• Dapat mengenali dan mengetahui peribadi Nabi Muhammad SAW sehingga dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim.
• Golongan muda terutamanya daripada komuniti setempat dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang seronok dan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :