Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pada tahun 1980, tragedi banjir besar telah melanda seluruh Malaysia yang turut melanda seluruh kawasan Mentakab. Sejurus selepas kejadian banjir besar itu, dimaklumkan bahawa hampir keseluruhan penduduk tempatan telah kehilangan penempatan.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana untuk membina penempatan baru yang ketika itu dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada mangsa banjir yang terlibat merangkumi penduduk Kampung Chatin, Kampung Penak, Kampung Lubuk Serdang dan juga Kampung Mambang Berulang.
Pada tahun 1995, kesemua perumahan telah siap dibina dan terciptalah Taman Bukit Cermin yang majoriti didiami oleh mangsa banjir dan penduduk berpendapatan rendah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024KUIZ BIJAK PERIBAHASA
Aktiviti Terkini | 14 Disember 2017Aktiviti ini meningkatkan lagi pengetahuan ahli PI1M dalam subjek Peribahasa di samping mengekalkan kaedah seronok belajar melalui permainan kuiz....baca selanjutnya
JUALAN AMAL BARANGAN TERPAKAI DI SK BUKIT CERMIN
Aktiviti Terkini | 16 November 2017Tujuan program ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara staff PI1M Bukit Cermin dengan penduduk Bukit Cermin, para guru dan murid-murid dan menyokong setiap aktiviti yang di jalankan oleh pihak SK Bukit Cermin dari segi mental dan fizikal...baca selanjutnya
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA SEK. KEB. BUKIT CERMIN
Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2017Aktiviti sambutan Hari Sukan Negara ini bertujuan menyemai semangat dalam membudayakan bersukan dalam kehidupan seharian. Pelaksanaan sambutan Hari Sukan Negara di peringkat sekolah iaitu SK Bukit Cermin ini mampu melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari sedi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan....baca selanjutnya
BENGKEL PHOTOSHOP & CODING ADVANCE (DEWASA) GABUNGAN PI1M DAERAH TEMERLOH
Aktiviti Terkini | 30 September 2017Tujuan Bengkel ini diadakan adalah untuk menimba ilmu dan kemahiran untuk menggunakan Photoshop dan teknik Coding supaya tenaga staf PI1M mampu mengajar semula kepada komuniti....baca selanjutnya
MEWARNA “JALUR GEMILANG” SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2017Aktiviti mewarna “Jalur Gemilang” di jalankan di kalangan pelajar sekolah rendah bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dan cintakan tanah air. Pelajar di kehendaki mewarna “Jalur Gemilang” di samping staf membuat sesi soal jawab mengenai maksud setiap warna pada bendera Malaysia....baca selanjutnya
TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 30 Julai 2017Hari terbuka PI1M diadakan bagi menghargai jasa ahli-ahli pi1m serta komuniti setempat kerana sentiasa menyokong dan bekerjasama dengan pihak pi1m di setiap program yang dilaksanakan oleh pihak pi1m. Di samping itu juga, hari terbuka pi1m ini juga diadakan bagi menarik minat pengguna luar untuk menjadi sebahagian dari ahli pi1m....baca selanjutnya
MENCARI BARANG TERSEMBUNYI
Aktiviti Terkini | 16 Julai 2017Aktiviti mencari barang tersembunyi ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kepekaan peserta kepada sesuatu perkara. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat berdaya saing di antara peserta supaya bersama-sama berfikir mencari jawapan mencari barang tersembunyi di dalam gambar....baca selanjutnya
MEMBUAT SAMPUL KAD HARI RAYA
Aktiviti Terkini | 18 Jun 2017Aktiviti membuat sampul kad hari raya ini bertujuan memenuhi waktu lapang ahli PI1M pada hujung minggu di bulan Ramadhan. Disamping itu, aktiviti ini di jalankan berdasarkan permintaan peserta kerana mereka lebih tertarik dengan aktiviti seperti ini berbanding mendengar taklimat....baca selanjutnya
PROGRAM PELANCARAN 4R “REUNITE TO REDUCE AND REUSE TOWARDS RECYCLING”
Aktiviti Terkini | 14 Mei 2017Program ini adalah kerjasama antara pengurusan PI1M Batu Satu, PI1M Kerayong Makmur, PI1M Bukit Cermin dan PI1M Jengka Impian. Tujuan utama adalah menjalankan aktiviti bersama komuniti dan memastikan kerjasama dan perkhidmatan yang disediakan di PI1M boleh dimanfaatkan sepenuhnya...baca selanjutnya
'Public Speaking & High Impact Presentation Training'
Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya
TEKA SILANG KATA LAWAN
Aktiviti Terkini | 02 April 2017Aktiviti teka silang kata ini menggalakkan perbincangan antara peserta supaya mereka berani mencuba dan menggalakkan mereka menyuarakan pendapat mereka tanpa ragu-ragu atau khuatir sama ada jawapan mereka itu benar atau salah....baca selanjutnya
PANTUN TEKA-TEKI
Aktiviti Terkini | 30 Mac 2017Aktiviti pantun teka-teki ini bertujuan untuk menanam minat pelajar terhadap pantun teka-teki supaya tidak di telan zaman. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerjasama Antara kumpulan supaya bersama-sama berfikir mencari jawapan utuk setiap teka-teki....baca selanjutnya
Majlis Perasmian PI1M Bukit Cermin, Pahang
Aktiviti Terkini | 05 Februari 2017Majlis Perasmian ini dirasmikan oleh YB Dato' Hajah Shahaniza Binti Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita & Keluarga, Komunikasi & Multimedia, Pahang. Majlis Perasmian ini bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Cermin kepada komuniti setempat sekaligus mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan serta mengeratkan hubungan sesama staff dan komuniti...baca selanjutnya
KDB & Digi CyberSafe
Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017Aktiviti ini dilakukan semasa Majlis Perasmian PI1M Taman Jengka Impian, Pahang. Majlis Perasmian ini bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia Taman Jengka Impian kepada komuniti setempat sekaligus mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan serta mengeratkan hubungan sesama staff dan komuniti...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya