PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA NAMA-NAMA NEGERI DI MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2022
Aktiviti terkini |18 September 2022Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Bukit Cermin 3
Ringkasan Aktiviti :
• Satu aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi Taman Bukit Cermin sempena Hari Malaysia yang melibatkan sebilangan pelajar daripada penduduk setempat yang berumur 13 tahun ke atas.
Tujuan :
• Memupuk rasa cinta akan tanah air serta perpaduan dalam kalangan kanak-kanak.
• Meningkatkan pengetahuan tentang nama-nama negeri di Malaysia.
• Membantu menajamkan minda dan menguatkan koordinasi mata golongan pelajar.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Petugas menerangkan terlebih dahulu tentang aktiviti yang akan dilakukan kepada semua peserta.
• Setiap peserta diberikan kertas soalan dan perlu menjawab teka silang kata bagi nama-nama negeri di Malaysia.
• Semua peserta berjaya menjawab dengan betul dan jayanya teka silang kata tersebut.
• Sesi penyampaian hadiah mengakhiri program pada hari tersebut.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memupuk semangat perpaduan serta patriotisme dalam kalangan golongan muda.
• Dapat meningkatkan keupayaan mengeja dalam kalangan pelajar dengan tepat.
• Melatih pelajar untuk kekal fokus dalam suasana yang menyeronokkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :