Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pada tahun 1980, tragedi banjir besar telah melanda seluruh Malaysia yang turut melanda seluruh kawasan Mentakab. Sejurus selepas kejadian banjir besar itu, dimaklumkan bahawa hampir keseluruhan penduduk tempatan telah kehilangan penempatan.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana untuk membina penempatan baru yang ketika itu dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada mangsa banjir yang terlibat merangkumi penduduk Kampung Chatin, Kampung Penak, Kampung Lubuk Serdang dan juga Kampung Mambang Berulang.
Pada tahun 1995, kesemua perumahan telah siap dibina dan terciptalah Taman Bukit Cermin yang majoriti didiami oleh mangsa banjir dan penduduk berpendapatan rendah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024‘TEMERLOH’S RIDE CHARITY DAY’
Aktiviti Terkini | 14 Disember 2019Matlamat penganjuran larian ini adalah untuk mempromosikan kelebihan memiliki motorsikal berkuasa tinggi serta insurance yang disediakan jika terjadi perkara yang tidak diingini disamping mengumpul beg sekolah terpakai untuk disalurkan kepada pelajar sekolah yang memerlukan....baca selanjutnya
HARI APRESIASI KECEMERLANGAN MURID DAN PENYAMPAIAN SIJIL PRA SEKOLAH SK BUKIT CERMIN
Aktiviti Terkini | 20 November 2019Hari Apresiasi Kecemerlangan Murid dan Penyampaian Sijil Pra Sekolah SK Bukit Cermin 2019 ini merupakan acara tahunan di SK Bukit Cermin. Ianya melibatkan pelajar Pra Sekolah berumur 5 tahun dan 6 tahun. Antara intipati aktiviti acara ini ialah penyampaian sijil tamat pra sekolah kepada murid berumur 6 tahun dan penyerahan hadiah kepada murid 5 tahun dan 6 tahun untuk kecemerlangan yang diperolehi bagi tahun ini seperti Tokoh Pelajar, mata pelajaran terbaik, kehadiran penuh, dan sebagainya lagi. Acara tahunan ini menjadikan murid-murid lebih berdaya saing secara sihat untuk belajar demi mendapatkan markah peperiksaan terbaik seterusnya menerima anugerah di hujung tahun. Melalui aktiviti ini, murid-murid, para ibu bapa dan guru-guru dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara satu sama lain....baca selanjutnya
HARI SUKAN NEGARA DAERAH TEMERLOH
Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2019Program Hari Sukan Negara merupakan aktiviti tahunan yang akan diadakan di daerah Temerloh setiap tahun. Ia bertepatan dengan kehendak Kementerian Belia dan sukan serta Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga dengan program tahunan ini rakyat akan terus mendapat pendedahan tentang kebaikan bersukan bukan sahaja untuk kesihatan malah menjadikan diri lebih berkeyakinan dan bertenaga....baca selanjutnya
PROGRAM CSR ‘CREATIVE WITH POWERPOINT’
Aktiviti Terkini | 22 September 2019Program CSR ‘Creative with PowerPoint’ ini dijalankan oleh pelajar tahun akhir Kolej Komuniti dalam subjek Teknologi Maklumat. Sebagai sebuah institusi pendidikan, Kolej Komuniti Temerloh berperanan membantu pelajar membuka laluan hala tuju dan membantu mencapai cita-cita mereka. Dengan terlaksananya perancangan program csr ini mampu membantu pelajar melihat dengan lebih dekat revolusi industry dunia kini yang pesat menggunakan teknologi maklumat dan digital dalam kehidupan seharian. Pendedahan awal diharapkan dapat menaikkan semangat pelajar untuk lebih berjaya dan mencapai impian masing-masing....baca selanjutnya
KARNIVAL KOI NAK SIHAT
Aktiviti Terkini | 24 & 25 Ogos 2019Karnival Koi Nak Sihat 2019 ini adalah merupakan satu platform kepada masyarakat setempat untuk mengamalkan cara hidup sihat dan aktif. Modus operandi karnival ini adalah untuk mengumpulkan komuniti di lokaliti KOSPEN yang telah terpilih dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai berkaitan cara hidup sihat. Disamping itu, aktiviti ini menyediakan pemeriksaan tahap kesihatan secara langsung disamping membina komuniti kea rah kehidupan yang sihat dan sejahtera....baca selanjutnya
AKTIVITI KENALI SIAPA DIRI ANDA
Aktiviti Terkini | 29 Julai 2019Aktiviti ini dijalankan bersama pelajar sekolah rendah seramai 10 orang untuk memupuk semangat bantu-membantu antara satu sama lain serta melahirkan rasa lebih positif berbanding negatif....baca selanjutnya
MESYUARAT MYFREEVIEW DAN JAMUAN HARI RAYA KLUSTER TEMERLOH
Aktiviti Terkini | 23 Jun 2019Semua staf Pusat Internet bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat mengenai Program MyFreeview ini kepada seluruh penduduk sekitar Pusat Internet masing-masing. Diharapkan rakyat boleh menerima siaran TV digital myFreeview dengan memasang dekoder DVB-T2 dan aerial UHF kepada set TV sedia ada atau melalui Televisyen Digital Bersepadu (Integrated Digital TV atau IDTV) yang telah dilengkapi dengan dekoder serta memasang aerial UHF. Pada masa kini, terdapat 13 jenama IDTV yang telah mendapat pengesahan SIRIM yang telah pun berada di pasaran dan boleh didapati secara dalam talian, di pasar raya besar (hypermarket), atau di kedai-kedai elektrik terpilih di seluruh negara....baca selanjutnya
GOTONG-ROYONG PERDANA SURAU TAMAN BUKIT CERMIN
Aktiviti Terkini | 04 Mei 2019Penduduk sekitar Taman Bukit Cermin menjadikan surau sebagai tempat ibadah dan tempat aktiviti yang berkaitan dengan Pendidikan Islam...baca selanjutnya
MAJLIS PELANCARAN MINGGU SAINS SK BUKIT CERMIN
Aktiviti Terkini | 22 April 2019Sambutan Minggu Sains Sk Bukit Cermin merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan. Minggu Sains merupakan satu aktiviti yang dapat memberi pendedahan kepada murid, terutamanya berkaitan dengan sains. Program ini juga bertujuan melahirkan murid yang minat terhadap sains serta menghargai sumbangan sains, matematik dan teknologi terhadap manusia. Berhubungan dengan itu, Panitia Sains mengambil inisiatif merencanakan program Minggu Sains sebagai pemangkin dalam membina pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang....baca selanjutnya
TEMERLOH FUN RUN
Aktiviti Terkini | 23 Mac 2019Program larian Temerloh Fun Run yang merupakan aktiviti tahunan di Temerloh. Sukan merupakan salah satu eleme pennting yang berpotensi untuk memupuk dan menyemai perpaduan dikalangan kaum dalam Malaysia....baca selanjutnya
Majlis Pelancaran Jom Ke Sekolah
Aktiviti Terkini | 18 Februari 2019Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang....baca selanjutnya
Merentas Desa SK Bukit Cermin
Aktiviti Terkini | 17 - 18 Januari 2019Memupuk semangat kerjasama dikalangan warga Sekolah Kebangsaan Bukit Cermin dalam mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya