JIGSAW PUZZLE CONTEST

Aktiviti terkini |16 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Bukit Cermin

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Taman Bukit Cermin telah mengadakan pertandingan Jigsaw Puzzle yang telah disertai oleh sebilangan pelajar sekolah rendah sekitar Taman Bukit Cermin.


Tujuan :
• Mendedahkan kepada pelajar tentang kemahiran asas dalam penggunaan komputer..
• Menguji kemahiran berfikir serta menyelesaikan masalah bagi mendapatkan cantuman gambar yang lengkap dengan betul. .
• Menguji kecekapan serta kebolehan peserta semasa menggunakan komputer.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Petugas menerangkan terlebih dahulu tentang syarat-syarat pertandingan kepada semua peserta.
• Pertandingan diadakan secara atas talian dengan mengakses pautan https://thejigsawpuzzles.com/
• Para peserta bermain secara berkumpulan 2 dan 3 orang.
• Semua peserta berjaya menyelesaikan jigsaw puzzle dengan jayanya.
• Penyampaian hadiah kepada semua peserta mengakhiri program pada hari tersebut.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menarik minat pelajar sekolah sekitar untuk berkunjung dan menggunakan kemudahan ICT yang disediakan di PEDi Taman Bukit Cermin.
• Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.
• Golongan muda terutamanya pelajar sekolah daripada komuniti setempat dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan seronok.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :