KUIZ KLIK DENGAN BIJAK (PENGGUNA INTERNET BIJAK)
Aktiviti terkini |11 Jun 2022Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Bukit Cermin
Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Taman Bukit Cermin telah mengadakan kuiz Kik Dengan Bijak secara atas talian yang telah disertai oleh pelajar sekolah sekitar Taman Bukit Cermin.
Tujuan :
• Mendedahkan kepada pelajar tentang 3 aspek iaitu keselamatan, tanggungjawab dan kewaspadaan yang berfokus kepada kawal selia kendiri dalam usaha membendung masalah penyalahgunaan internet.
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang cara yang betul dan selamat dalam menggunakan Internet.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Petugas menerangkan terlebih dahulu tentang aktiviti kepada semua peserta.
• Kuiz diadakan secara atas talian dengan mengakses pautan https://kahoot.it/
• Semua peserta membaca dan menjawab soalan sehingga masa tamat dengan jayanya.
• Program berakhir dengan sesi penyampaian cenderamata kepada semua peserta.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat melahirkan generasi muda yang sentiasa peka, bertanggungjawab dan berhemah dalam menggunakan internet.
• Aktiviti ini memberi manfaat kepada peserta dalam mewujudkan persekitaran dalam talian yang selamat terutamanya kepada pelajar.
• Golongan muda daripada komuniti setempat dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang seronok dan bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :