PROGRAM CERAMAH KESELAMATAN & LATIHAN KEBAKARAN OLEH BALAI BOMBA TEMERLOH

Aktiviti terkini |5 November 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Bukit Tingkat

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Bukit Tingkat telah menganjurkan program Ceramah Keselamatan & Latihan Kebakaran oleh Balai Bomba Temerloh.
• Program tersebut telah dihadiri oleh komuniti sekitar PEDi Bukit Tingkat.


Tujuan :
• Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di kawasan PEDi dan kawasan komuniti setempat.
• Melatih peserta tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana.
• Memupuk budaya selamat dalam kalangan warga komuniti setempat.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pegawai bomba daripada Balai Bomba Temerloh memberi Ceramah Keselamatan kepada semua peserta .
• Setelah selesai ceramah, latihan serta simulasi kebakaran dilakukan oleh Pegawai Bomba.
• Pengurus PEDi Bukit Tingkat, Bukit Cermin serta 2 orang peserta telah mengambil bahagian dalam melakukan latihan memadam kebakaran
• Sesi bergambar bersama peserta dan semua pegawai bomba bahagian Temerloh yang terlibat juga tidak dilupakan.
• Penyampaian cenderamata kepada Pegawai Bomba bahagian Temerloh mengakhiri program pada hari tersebut.


Kelebihan Aktiviti :
• Para peserta akan sentiasa berwaspada dan peka terhadap amaran kecemasan .
• Mengetahui dan mengambil maklum tentang laluan kecemasan yang perlu dilalui sekiranya berlaku sebarang kejadian kebakaran.
• Para peserta dapat mempraktikkan cara untuk menyelamatkan diri ketika berlakunya kebakaran .
• Dapat melatih individu agar tidak cemas dan segera mengambil tindakan sekiranya kebakaran berlaku .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :