SPEED TYPING CONTEST

Aktiviti terkini |20 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Bukit Cermin.

Ringkasan Aktiviti :
• Pusat Ekonomi Digital Taman Bukit Cermin mengadakan ‘Speed Typing Contest’ yang dihadiri oleh para pelajar dan penduduk sekitar Taman Bukit Cermin.


Tujuan :
• Menguji tahap kepantasan dan kecekapan para peserta dalam menaip perkataan mengikut masa yang diberikan.
• Melatih para peserta untuk belajar cara menaip menggunakan komputer dengan pantas dan betul.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pertandingan diadakan secara atas talian dengan mengakses pautan https://www.speedtypingonline.com/typing-test .
• Para peserta dikehendaki menaip perkataan yang terpapar di skrin komputer selama 1 minit sahaja.
• Kesemua peserta menerima hadiah daripada petugas PEDi Taman Bukit Cermin setelah selesai pertandingan dijalankan.

Kelebihan Aktiviti :
• Orang awam terutamanya golongan muda mendapat pendedahan tentang tatacara penggunaan peralatan komputer semasa pertandingan diadakan.
• Peserta dapat belajar cara menaip yang betul dengan melatih diri supaya lebih mahir untuk menaip perkataan yang terpapar pada skrin komputer.
• Golongan muda dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat serta bersaing secara sihat antara satu sama lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :