PERTANDINGAN MENGHASILKAN POSTER RAMADHAN MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA

Aktiviti terkini |16 April 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Bukit Cermin.

Ringkasan Aktiviti :
• Pusat Ekonomi Digital Taman Bukit Cermin mengadakan Pertandingan Menghasilkan Poster Ramadhan yang telah dihadiri oleh para pelajar dan komuniti sekitar Taman Bukit Cermin.


Tujuan :
• Menarik minat pelajar sekolah dan penduduk sekitar untuk menggunakan kemudahan ICT yang telah disediakan di PEDi.
• Memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah tentang rekabentuk grafik dan infografik yang terdapat di dalam aplikasi Canva.
• Melatih para pelajar menggunakan aplikasi Canva bagi membina rekabentuk grafik dan poster yang menarik.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pertandingan diadakan secara atas talian dengan mengakses pautan https://www.canva.com/
• Para peserta diberikan penerangan dan pendedahan tentang tatacara penggunaan aplikasi Canva oleh petugas PEDi.
• Setelah diberi penerangan, peserta menghasilkan poster rekaan sendiri sempena bulan Ramadhan mengikut kreativiti masing-masing.
• Sesi berakhir dengan pemberian hadiah kepada kesemua peserta.


Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar dan komuniti sekitar dapat belajar cara menggunakan aplikasi Canva dengan lebih mahir.
• Mengetahui cara menghasilkan rekabentuk grafik seperti poster dengan menggunakan aplikasi Canva.
• Golongan muda terutamanya pelajar sekolah dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah serta bersaing secara sihat antara satu sama lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :