Kelas Online Tingkatan 1 Smk Bukit Cermin(Subjek Sejarah,Sains Dan Matematik).

Aktiviti terkini |23 Januari 2021

Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan PIK Taman Bukit Cermin

Tujuan :
• •Mengeratkan hubungan antara staf dengan masyarakat sekitar untuk lebih mesra dalam bekerjasama melakukan aktiviti kemasyarakatan pada masa hadapan.
• •Sebagai tanda menyokong usaha kerajaan dalam membantu pelajar-pelajar meneruskan pembelajaran melalui kaedah PdPR secara berstruktur dan terancang.
• Membantu pelajar-pelajar yang terkesan akibat penularan wabak Covid 19 ini dengan menyediakan capaian Internet kepada mereka supaya tidak tercicir dalam pembelajaran.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Dengan menjalankan kelas Online ini, pelajar-pelajar yang mengalami masalah kemudahan capaian Internet ini dapat terus menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru pada masa yang telah ditetapkan.
• Ini merupakan aktiviti bulanan yang akan dijalankan di PIK Taman Bukit Cermin secara berterusan sehingga pelajar-pelajar dapat meneruskan sesi persekolahan seperti biasa kelak.

Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan fungsi Pusat Internet & perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Internet Komuniti
• Menjalinkan ikatan ukhuwah yang rapat dalam kalangan masyarakat setempat supaya aktiviti menuntut ilmu seperti ini tetap juga dapat dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
• Diharapkan pihak PIK Taman Bukit Cermin sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar sekitar Taman Bukit Cermin untuk terus menimba ilmu walaupun keadaan pandemik yang sedang melanda negara kita.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :