KUIZ ONLINE SUBJEK BAHASA MELAYU PELAJAR DARJAH SK BUKIT CERMIN

Aktiviti terkini |13 Mac 2021

Tempat Aktiviti:
Ruang Siber PIK Taman Bukit Cermin

Tujuan :
• Mengeratkan hubungan antara staf dengan masyarakat sekitar untuk lebih mesra dalam bekerjasama melakukan aktiviti kemasyarakatan pada masa hadapan.
• Sebagai usaha dalam membantu usaha kerajaan untuk mengadakan kelas secara atas talian ekoran tidak ada pembelajaran secara langsung di sekolah.
• Membantu pelajar-pelajar yang terkesan akibat penularan wabak Covid 19 ini dengan menyediakan capaian Internet kepada mereka supaya tidak tercicir dalam pembelajaran.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Dengan menjalankan kuiz Online ini, pelajar-pelajar yang mengalami masalah kemudahan capaian Internet ini dapat terus mengulangkaji pelajaran dan tidak keciciran dalam pelajaran.
• Ini merupakan aktiviti bulanan yang akan dijalankan di PIK Taman Bukit Cermin secara berterusan sehingga pelajar-pelajar dapat meneruskan sesi persekolahan seperti biasa kelak.

Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan fungsi Pusat Internet & perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Internet Komuniti.
• Menjalinkan ikatan ukhuwah yang rapat dalam kalangan masyarakat setempat supaya aktiviti menuntut ilmu seperti ini tetap juga dapat dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
• Diharapkan pihak PIK Taman Bukit Cermin sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar sekitar Taman Bukit Cermin untuk terus menimba ilmu walaupun keadaan pandemik yang sedang melanda negara kita.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :