KELAS PDPR MATA PELAJARAN SEJARAH PELAJAR TINGKATAN 1 SMK TAMAN BUKIT CERMIN

Aktiviti terkini |23 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Cermin

Tujuan :
• Tujuan kelas Pdpr ini dijalankan di PIK Taman Bukit Cermin adalah untuk membantu dan mempermudahkan pelajar yang berhampiran dengan PIK untuk terus mengikuti kelas Pdpr dengan bantuan kemudahan Internet yang tersedia.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 9.00 Pagi: Persediaan pelajar untuk mengikuti kelas Pdpr
• 9.15 Pagi :Kelas Pdpr subjek Sejarah bermula
• 12.00Tengah Hari:Diikuti dengan Kuiz Online(Sejarah)

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu pelajar yang kurang berkemampuan mempunyai kemudahan Internet di rumah untuk terus bersemangat mengikuti kelas Pdpr di PIK Taman Bukit Cermin.
• Menarik dan memupuk minat para pelajar untuk belajar walaupun tidak dapat hadir ke sesi persekolahan di sekolah seperti sebelum ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :