PERANAN PENGGUNAAN GAJET DALAM PEMBELAJARAN E-LEARNING

Aktiviti terkini |14 Jun 2021

Tempat Aktiviti:
Upload di Facebook Page PIK Taman Bukit Cermin..

Tujuan :
• Menyampaikan maklumat secara atas talian dengan menyediakan perbincangan serta berkongsi idea di FB Live PIK Taman Bukit Cermin dengan tajuk-tajuk yang menarik untuk dibincangkan.
• Kali ini PIK Taman Bukit Cermin memilih tajuk “Peranan Penggunaan Gajet Dalam Pembelajaran E-Learning” untuk dibincangkan memandangkan norma baharu sekarang memerlukan para pelajar belajar secara PDPR.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Diharapkan masyarakat khususnya para pelajar yang sedang menjalani pembelajaran secara PDPR ini dapat menggunakan gajet dan aplikasi yang betul semasa menjalani pembelajaran PDPR seperti notebook,tablet,telefon mudah alih dengan menggunakan aplikasi Google Meet,Zoom Meeting dan sebagainya.

Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan fungsi Pusat Internet & perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Internet Komuniti serta menyediakan informasi bermanfaat sepanjang masa.
• Diharapkan pihak PIK Taman Bukit Cermin dapat menyediakan info-info bermanfaat kepada masyarakat setempat berkaitan pembelajaran masa kini yang memerlukan penggunaan gajet serta aplikasi yang betul dalam pembelajaran PDPR ini walaupun PIK Taman Bukit Cermin tidak dapat beroperasi seperti biasa namun tetap aktif di media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :