E-LEARNING(PDPR) SUBJEK SEJARAH DAN SUBJEK ALAM SEKITAR TINGKATAN 1

Aktiviti terkini |24 Mei 2021

Tempat Aktiviti:
Ruang Siber PIK Taman Bukit Cermin.

Tujuan :
• Mengeratkan hubungan antara staf dengan masyarakat sekitar untuk lebih mesra dalam bekerjasama melakukan aktiviti kemasyarakatan pada masa hadapan
• Meringankan beban para pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran Pdpr sekarang

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Diharapkan para pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak dapat hadir ke sekolah akibat pandemik yang sedang melanda negara sekarang ini.
• Pada masa yang sama,diharapkan para pelajar terus menunjukkan minat yang mendalam untuk menuntut ilmu walaupon belajar secara atas talian yang semestinya sangat mencabar terutamanya buat para guru dan pelajar itu sendiri.

Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan fungsi Pusat Internet & perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Internet Komuniti.
• Menjalinkan ikatan ukhuwah yang rapat dalam kalangan masyarakat setempat supaya aktiviti menuntut ilmu seperti ini tetap juga dapat dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
• Diharapkan pihak PIK Taman Bukit Cermin sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar sekitar Taman Bukit Cermin untuk terus menimba ilmu walaupun keadaan pandemik yang sedang melanda negara kita.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :