GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN SEKITAR TAMAN BUKIT CERMIN DAN TANAH PERKUBURAN KG PENAK

Aktiviti terkini |10 April 2021

Tempat Aktiviti:
Sekitar Taman Bukit Cermin dan Tanah Perkuburan Kg Penak.

Tujuan :
• Mengeratkan hubungan antara staf dengan masyarakat sekitar untuk lebih mesra dalam bekerjasama melakukan aktiviti kemasyarakatan pada masa hadapan
• Mengajak masyarakat setempat supaya bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan sekitar supaya sentiasa bersih dan selamat daripada semak samun yang mudah mendapat ancaman haiwan berbisa.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Melalui aktiviti gotong-royong ini diharapkan masyarakat sekitar dapat terus bersama-sama menjalankan aktiviti kemasyarakatan disamping mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia.
• Ini merupakan aktiviti tahunan yang akan dijalankan di Taman Bukit Cermin dan Kg Penak secara berterusan supaya masyarakat dapat mengisi masa di hujung minggu disamping beribadah.

Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan fungsi Pusat Internet & perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Internet Komuniti
• Menjalinkan ikatan ukhuwah yang rapat dalam kalangan masyarakat setempat supaya aktiviti kebaijakn seperti ini i tetap juga dapat dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :