KURSUS ASAS KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE
Aktiviti terkini |27– 28 Februari 2024Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Bukit Cermin 3
Ringkasan Aktiviti :
• Satu kursus pendek Asas Komputer & Microsoft Office gabungan bersama PEDi Jengka Impian dan anjuran bersama KRT Taman Bukit Cermin telah diadakan.
• Seramai 10 orang peserta yang berumur 7-12 tahun telah menyertai kursus komputer ini.
Tujuan :
• Meningkatkan pengetahuan asas dan kemahiran komputer.
• Melatih pelajar menggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer seperti aplikasi Microsoft Office Word.
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas dengan ahli PEDi.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pada hari pertama kursus, para pelajar telah diberi tunjuk ajar berkaitan peralatan asas komputer dan taklimat S.A.F.E Internet oleh petugas.
• Kemudian, untuk sesi kedua kursus pula para pelajar mempelajari tentang penggunaan asas aplikasi Microsft Word.
• Pada hari terakhir kursus, pendedahan tentang kemahiran dalam menghasilkan slaid menggunakan aplikasi Microsoft Powerpoint telah dijalankan.
• Sesi berakhir dengan penyampaian sijil penyertaan, cenderahati serta bergambar pada hari tersebut.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat melahirkan lebih ramai generasi muda yang celik IT.
• Dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam menggunakan perisian komputer.
• Golongan muda terutamanya dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah dan berguna.
Nama VIP :
• Tiada.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :