BASIC ICT – KELAS ASAS MS POWERPOINT

Aktiviti terkini |23 April 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Taman Bukit Cermin 3

Ringkasan Aktiviti :
• Satu program iaitu kelas Asas Komputer gabungan bersama NADI Jengka Impian dan NADI Taman Bukit Cermin 3 telah diadakan.
• Seramai 10 orang peserta yang berumur 7-12 tahun yang tinggal di sekitar komuniti Taman Jengka Impian telah menyertai kelas komputer ini.

Tujuan :
• Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan peralatan asas komputer
• Memberi kemahiran dan kefahaman kepada peserta untuk menyediakan pembentangan yang menarik dan berkualiti
• Melatih para pelajar cara membina sendiri bentuk pembentangan dengan aplikasi Powerpoint .

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta.
• Taklimat berkaitan kelas MS PowerPoint dilakukan oleh petugas NADI sebelum kelas bermula.
• Petugas memberi tunjuk ajar tentang penggunaan MS PowerPoint kepada para pelajar.
• Pelajar menunjukkan kemahiran masing-masing dalam menghasilkan slaid pembentangan yang menarik.
• Program berakhir dengan penyampaian cenderamat kepada semua peserta.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat melahirkan lebih ramai generasi muda yang Celik IT.
• Meningkatkan pengetahuan dan minat pelajar untuk menggunakan MS PowerPoint bagi tugasan sekolah.
• Dapat menghasilkan persembahan PowerPoint yang menarik dengan idea kreativiti masing-masing

Nama VIP :
• Tiada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :