BASIC ICT – KELAS BIMBINGAN PENDAFTARAN IDME
Aktiviti terkini |8 Mei 2024Tempat Aktiviti:
NADI Taman Bukit Cermin 3
Ringkasan Aktiviti :
• Satu program iaitu Kelas Bimbingan Pendaftaran di Sistem idME dianjurkan oleh NADI Taman Bukit Cermin 3 yang terdiri dari kalangan ibubapa/penjaga bagi memahami cara membuat pengisian permohonan kemasukan ke tahun 1 bagi pihak anak-anak mereka.
Tujuan :
• Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada peserta dari kalangan ibubapa/penjaga tentang tatacara semasa membuat pendaftaran dalam sistem idME.
• Mengetahui pengetahuan asas tentang cara pengisian di sistem idME.
• Meningkatkan kemahiran ibubapa/penjaga dalam penggunaan sistem idME.
• Mempelajari cara menyimpan dan memuat turun borang dalam system idME
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta.
• Sedikit taklimat ringkas berkaitan kelas bimbingan pendaftaran idME dilakukan oleh petugas NADI sebelum kelas bermula.
• Petugas membimbing ibubapa mendaftar akaun pengguna baru.
• Seterusnya, petugas memberi tunjuk ajar tentang tatacara membuat permohonan dalam sistem idME kepada para ibubapa yang terlibat.
• Ibubapa yang dibimbing oleh petugas NADI mengisi borang permohonan dalam sistem idME sehingga lengkap.
• Ibubapa juga diajar cara memuat turun borang yang berkaitan untuk dihantar ke sekolah yang dipilih.
• Program berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada semua peserta.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menambahkan pengetahuan ibubapa tentang cara membuat permohonan bagi Sistem Pengurusan IDentiti (idMe).
• Meningkatkan kemahiran ibubapa semasa membuat pengisian dalam system idME.
• Mempelajari cara memuat turun borang selepas selesai membuat pengisian secara atas talian dalam sistem idME.
Nama VIP :
• Tiada.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :