BASIC ICT – KELAS ASAS KOMPUTER
Aktiviti terkini |5 Mac 2024Tempat Aktiviti:
NADI Taman Jengka Impian
Ringkasan Aktiviti :
• Satu program iaitu kelas Asas Komputer gabungan bersama NADI Jengka Impian dan NADI Taman Bukit Cermin 3 telah diadakan.
• Seramai 10 orang peserta yang berumur 7-12 tahun yang tinggal di sekitar komuniti Taman Jengka Impian telah menyertai kelas komputer ini.
Tujuan :
• Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan peralatan asas komputer
• Melatih para pelajar cara penggunaan perisian dalam komputer.
• Memberi pendedahan tentang cara yang betul dalam menggunakan komponen/peralatan komputer.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kelas dimulakan dengan pengenalan tentang peralatan asas komputer kepada semua pelajar oleh petugas.
• Cara penggunaan keyboard dan mouse juga ditekankan kepada para pelajar.
• Kemudian, setelah selesai kelas, kuiz ‘Label Basic Parts of the Computer’ diadakan secara atas talian dengan mengakses pautan https://wordwall.net/resource/60721095/sains-dan-teknologi/label-basic-parts-of-the-computer
• Program berakhir dengan penyampaian sijil penyertaan dan juga sesi bergambar.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat melahirkan lebih ramai generasi muda yang Celik IT.
• Dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam menggunakan perisian komputer.
• Golongan muda terutamanya dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah dan berguna.
Nama VIP :
• Tiada.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :