AKTIVITI MENGHASILKAN PAPER PINWHEEL

Aktiviti terkini |10 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Bukit Cermin 3

Ringkasan Aktiviti :
• Satu aktiviti kraf ringkas berwarna-warni, kreatif dan menarik yang boleh digunakan oleh semua peringkat umur telah diadakan di PEDi Taman Bukit Cermin 3.
• Aktiviti ini juga berkaitan dengan kajian saintifik tenaga angin.

Tujuan :
• Memahami pergerakan sesuatu objek adalah berkaitan dengan arah angin.
• Meningkatkan daya kreativiti dan mengembangkan kemahiran motor kanak-kanak.
• Membuat reka bentuk artistik yang unik.
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas dengan ahli PEDi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Petugas menerangkan terlebih dahulu tentang aktiviti yang akan dilakukan kepada semua peserta.
• Barang-barang yang digunakan untuk aktiviti ini ialah kertas warna, gam, gunting, tanah liat, straw dan jarum tekan.
• Setiap peserta mendapat barang-barang yang diperlukan untuk menghasilkan paper pinwheel.
• Peserta perlu menggunting secara separuh daripada empat garisan dari sudut dan melipat ke tengah kertas untuk mendapat hasil seperti kipas.
• Kemudian, lekatkan tanah liat pada belakang kertas dan masukkan jarum tekan untuk menyambungkan dengan straw dan Paper Pinwheel telah siap.
• Sesi berakhir dengan penyampaian cenderahati serta bergambar pada hari tersebut.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat melahirkan generasi muda yang berfikiran secara kreatif dan inovatif.
• Golongan muda terutamanya dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah dan berguna.
• Kanak-kanak dapat mendalami imaginasi mereka dan meneroka kreativiti mereka sendiri.

Nama VIP :
• Tiada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :