PROGRAM DIGITAL COMPETENCY SCORE(DCS).

Aktiviti terkini | 23 November 2020

Tempat Aktiviti:
Ruang siber PIK Taman Bukit Cermin, Pahang.

Tujuan :
• Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah Pembestarian Sekolah (2016-2020) dengan penambahbaikan secara sistematik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi(ICT).
• Juga bertujuan sebagai peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM.
• Penilaian murid berasakan keberhasilan dengan melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia atau Digital Tech @ Schools.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sepanjang aktiviti ini dijalankan, staf PIK Taman Bukit Cermin akan menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika yang telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015 kepada pelajar yang menyertai program DCS di PIK Taman Bukit Cermin.

Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan fungsi Pusat Internet dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Internet dengan lebih meluas.
• Dapat melakukan program kerjasama antara Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Bukit Cermin dengan PIK Taman Bukit Cermin dan seterusnya berterusan dengan aktiviti akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :