HEBAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN, PENCEGAHAN COVID-19, PERLAKSANAAN SEMULA BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN TAHUN 2020 DI SEKITAR TAMAN BUKIT CERMIN DAN KAMPUNG PENAK.

Aktiviti terkini | 20 Oktober 2020

Tempat Aktiviti:
Perkarangan Hadapan PI Taman Bukit Cermin.

Tujuan :
• Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang bahayanya wabak Covid-19 ini dan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
• Mengeratkan hubungan antara staf dengan masyarakat setempat disamping mempromosi PI Taman Bukit Cermin.


Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan fungsi Pusat Internet dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Internet dengan lebih meluas.
• Dapat bersama-sama menyebarkan tentang bahayanya penularan wabak Covid-19 ini melalui hebahan secara face to face bersesuaian dengan SOP yang telah ditetapkan. Juga daripada pihak Pusat Internet juga penyebaran dilakukan secara atas talian di media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :