MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN

Aktiviti terkini |24 Disember 2020

Tempat Aktiviti:
Surau Sri Semantan, Temerloh.

Tujuan :
• Mengeratkan hubungan antara staf dengan masyarakat sekitar untuk lebih mesra dalam bekerjasama melakukan aktiviti kemasyarakatan pada masa hadapan.
• Antara usaha selain menjaga SOP yang ditetapkan oleh kerajaan untuk bersama-sama mengurangkan penularan wabak Covid-19 ini.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Aktiviti kerohaniah dalam kalangan masyarakat seperti ini perlu diterapkan tidak kira masa, peringkat usia dan tempat kerana ianya dapat mengeratkan hubungan kemasyarakatan.
• Aktiviti bacaan yassin dan solat hajat ini merupakan aktiviti bulanan yang dijalankan di Surau Sri Semantan sebagai aktiviti kerohanian masyarakat setempat.

Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan fungsi Pusat Internet & perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Internet.
• Menjalinkan ikatan ukhuwah yang rapat dalam kalangan masyarakat setempat supaya aktiviti kerohanian seperti ini tetap juga dapat dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
• Ceramah yang disampaikan oleh ustaz sedikit sebanyak meningkatkan lagi semangat tidak berputus asa untuk terus kuat menghadapi wabak Covid-19 bersama-sama usaha kerajaan memerangi pandemic yang sedang melanda negara ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :