‘TEMERLOH’S RIDE CHARITY DAY’
Aktiviti terkini | 14 Disember 2019Tempat Aktiviti:
Perkarangan Lot Kedai, DAR Motorspot, Paya Keladan
Tujuan :
• Melahirkan masyarakat yang saling bantu membantu antara satu sama lain serta bersama-sama meringankan beban golongan yang memerlukan
• Membina kesedaran tentang kepentingan aktiviti kebajikan disamping mengekalkan tahap kesihatan diri
• Memberi peluang kepada masyarakat yang baharu mengikuti aktiviti larian dan pendedahan mengenai motor berkuasa tinggi
• Mengumpulkan usahawan-usahawan pengusaha makanan di sekitar Temerloh disamping mempromosikan produk masing-masing di gerai yang disediakan
Kelebihan Aktiviti :
• Matlamat penganjuran larian ini adalah untuk mempromosikan kelebihan memiliki motorsikal berkuasa tinggi serta insurance yang disediakan jika terjadi perkara yang tidak diingini disamping mengumpul beg sekolah terpakai untuk disalurkan kepada pelajar sekolah yang memerlukan.
• Disamping itu juga, secara tidak langsung semangat berpasukan yang tinggi dapat diserap dalam kalangan masyarakat supaya bersama-sama membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :