MINGGU SAINS NEGARA

Aktiviti terkini | 06 - 07 April 2018

Tempat Aktiviti:
Dewan Tun Razak Temerloh , Pahang

Tujuan :
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan sains dan merapatkan jurang antara sains dan masyarakat dengan menampilkan pelbagai program berasaskan “sains” yang menarik dan interaktif

Kelebihan Aktiviti :
Minggu Sains Negara diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan kepentingan STI kepada semua lapisan rakyat Malaysia. Secara tidak langsung, program ini akan meningkatkan pembangunan modal insan dan menarik minat pelajar untuk memilih bidang dan jurusan STEM sebagai kerjaya serta mengiktiraf sumbangan saintis, ahli akademik serta individu dalam mempromosikan sains.
Program ini juga diharap mampu memberi kesedaran kepada rakyat betapa pentingnya STI dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :