KEM NAK SIHAT TEMERLOH GTZ 2018

Aktiviti terkini | 24 November 2018

Tempat Aktiviti:
Dataran Tok Gajah, Temerloh

Tujuan :
• Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan selamat (PBSS) bagi melahirkan “Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan Jom Hidup Sihat.
• Di samping itu, ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat sekitar.
• Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman, serta kemahiran pencegahan kepada masyarakat terhadapa kesihatan.

Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan fungsi Pusat Internet & perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Internet.
• Merapatkan hubungan antara kakitangan Pusat Internet dengan komuniti setempat.
• Jom Hidup Sihat boleh menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera. Amalan Jom Hidup Sihat menjurus kepada kebersihan diri, permakanan yang seimbang, senaman yang konsisten, mengelakkan stress dan konflik serta menjauhi penyalahgunaan dadah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :