MEMBUAT SAMPUL KAD HARI RAYA

Aktiviti terkini | 18 Jun 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Bukit Cermin

Tujuan :
• Memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba
• Mengasah kreativiti mewarna di kalangan ahli PI1M
• Merapatkan hubungan silaturahim antara ahli PI1M dan staff PI1M

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan fungsi PI1M & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI1M.
• Memeriahkan lagi bulan Ramadan dengan menjalankan aktiviti menarik bagi mengelakkan masalah melepak di kalangan pelajar sekolah.
• Memupuk semangat di kalangan ahli PI1M supaya sentiasa kreatif dalam melakukan sesuatu pekerjaan dengan membuat sendiri kad hari raya tanpa perlu membelinya di kedai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :