STEM : GUMDROP STRUCTURES ENGINEERING

Aktiviti terkini |20 September 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Bukit Cermin 3

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Taman Bukit Cermin telah mengadakan satu aktiviti yang menguji kreativiti serta minda para pelajar.
• Aktiviti ini turut disertai oleh sebilangan pelajar yang tinggal di sekitar komuniti Taman Bukit Cermin.

Tujuan :
• Menyiasat kekuatan pelbagai jenis bentuk dalam reka bentuk bangunan.
• Menguji kemahiran berfikir serta pengetahuan tentang bentuk untuk membina struktur yang kukuh.
• Melatih dan merangsang daya kecekapan minda serta kebolehan para pelajar dalam mereka sesuatu bentuk.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Dalam aktiviti ini, pelajar perlu membina struktur dengan menggunakan bahan-bahan seperti gumdrops (gula-gula jeli) dan pencungkil gigi.
• Pelajar perlu mencucuk pencungkil gigi ke dalam gula-gula jeli untuk membuat sambungan struktur di setiap sudut.
• Ulang cara ini sehingga menjadi struktur binaan yang kukuh.
• Program diakhiri dengan sesi penyampaian sagu hati kepada semua pelajar yang terlibat.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menarik minat pelajar sekolah di sekitar PEDi untuk berkunjung dan menggunakan kemudahan ICT yang disediakan di PEDi Taman Bukit Cermin.
• Dapat melatih pelajar untuk sentiasa fokus dan komited dalam melakukan sesuatu aktiviti.
• Golongan muda terutamanya pelajar sekolah dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah serta bersaing secara sihat antara satu sama lain

Nama VIP :
• Tiada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :