STEM : COTTON BUD TREE PAINTING

Aktiviti terkini |11 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Bukit Cermin 3

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti yang diadakan pada kali ini ialah melukis dedaun pokok menggunakan warna air dan aktiviti ini juga berkaitan dengan kawalan motor halus para peserta.

Tujuan :
• Melatih dan mengawal kemahiran motor halus
• Meningkatkan daya kreatif dan menonjolkan bakat seni lukisan dalam diri para peserta.
• Meningkatkan tahap konsentrasi & tumpuan para peserta.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sebelum aktiviti melukis dilakukan, petugas menerangkan serba sedikit tentang aktiviti pada hari itu.
• Setiap peserta mendapat satu helai lukisan sebatang pokok.
• Para peserta perlu melukis menggunakan warna air dedaun pokok mengikut kreativiti masing-masing.
• Semua peserta berasa seronok dengan aktiviti pada hari tersebut kerana dapat berkarya mengikut citarasa masing-masing.
• Sesi penyampaian hadiah serta bergambar mengakhiri aktiviti pada hari tersebut.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menonjolkan bakat dalam seni lukisan para peserta.
• Dapat meningkatkan tahap konsentrasi & tumpuan para peserta semasa melukis.
• Golongan muda daripada komuniti setempat dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang seronok dan berfaedah.
• Dapat mengeratkan hubungan baik antara petugas dengan ahli PEDi.

Nama VIP :
• Tiada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :