STEM : MENGHASILKAN JALUR GEMILANG MENGGUNAKAN STRAW SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Aktiviti terkini |20 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Bukit Cermin 3

Ringkasan Aktiviti :
• Satu aktiviti mewarna dan menghias Jalur Gemilang anjuran PEDi Taman Bukit Cermin yang melibatkan golongan pelajar daripada komuniti Taman Bukit Cermin.

Tujuan :
• Mengenal serta menghayati bulan kemerdekaan Malaysia.
• Memupuk semangat patriotisme dan cintakan tanah air dikalangan generasi muda.
• Meningkatkan daya kreatif dan menonjolkan bakat seni dalam diri para peserta.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Petugas menerangkan terlebih dahulu tentang aktiviti yang akan dilakukan kepada semua peserta.
• Antara barang-barang yang diperlukan untuk melakukan aktiviti ini ialah gambar bendera Malaysia, straw dan warna air.
• Setiap peserta dikehendaki mewarna gambar bulan dan bintang pada bendera Malaysia menggunakan warna air.
• Untuk bahagian jalur pada bendera Malaysia pula, peserta perlu menampalkan straw yang berwarna merah.
• Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada semua peserta yang terlibat.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memupuk semangat perpaduan serta cintakan tanah air dalam kalangaan generasi muda.
• Dapat melahirkan generasi muda terutamanya golongan kanak-kanak untuk berfikiran kreatif dan inovatif.
• Dapat menggalakkan generasi muda daripada komuniti setempat untuk terlibat dalam aktiviti yang seronok dan berfaedah.

Nama VIP :
• Tiada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :