STEM : POP UP HOT AIR BALLOON

Aktiviti terkini |16 November 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Bukit Cermin 3

Ringkasan Aktiviti :
• Satu aktiviti yang seronok dan menarik telah diadakan bagi menguji tahap kreativiti ahli PEDi Taman Bukit Cermin 3.

Tujuan :
• Meningkatkan daya kreativiti dan menonjolkan bakat dalam bidang seni .
• Meningkatkan tahap konsentrasi & tumpuan peserta.
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas dengan ahli PEDi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Petugas menerangkan terlebih dahulu tentang aktiviti yang akan dilakukan kepada semua peserta.
• Barang-barang yang digunakan untuk aktiviti ini ialah kertas warna, gam dan gunting sahaja.
• Setiap peserta mendapat beberapa helai kertas warna beserta gam dan juga gunting.
• Peserta perlu menggunting bentuk belon panas kemudian menampal pada kertas supaya kesan dan bentuk ‘pop-up’ belon panas itu terhasil.
• Sesi berakhir dengan penyampaian cenderahati serta bergambar pada hari tersebut.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat melahirkan generasi muda yang berfikiran secara kreatif dan inovatif.
• Golongan muda terutamanya dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah dan berguna.
• Dapat mengeratkan hubungan baik antara petugas dengan ahli PEDi.

Nama VIP :
• Tiada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :