KLIK DENGAN BIJAK (KDB) CYBERTALK @ SCHOOL

Aktiviti terkini |9 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
SMK Bukit Cermin

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Taman Bukit Cermin telah mengadakan program Klik Dengan Bijak (KDB) Cybertalk@School yang telah disertai oleh pelajar tingkatan 1 dan 2 seramai 125 orang di SMK Bukit Cermin.

Tujuan :
• Memberi pendidikan dan kesedaran kepada pelajar SMK Bukit Cermin tentang cara yang betul dan selamat dalam menggunakan Internet.
• Mengamalkan kawal selia kendiri serta menggunakan internet secara waspada dan positif.
• Belajar nilai dan etika yang harus diamalkan oleh setiap individu dalam sebarang aktiviti di alam siber.
• Mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak PEDi Taman Bukit Cermin 3 bersama pihak SMK Bukit Cermin.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Petugas memberi ceramah tentang Klik Dengan Bijak.
• Setelah selesai ceramah, kuiz diadakan secara atas talian dengan mengakses pautan https://kahoot.it/
• Terdapat 10 hadiah menanti pelajar yang terpantas dalam menjawab soalan kuiz berkaitan Klik Dengan Bijak.
• Program pada hari itu diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada semua peserta serta cenderamata kepada pihak sekolah.
• Pengedaran dan Pendaftaran Kad Sim DIGI secara percuma kepada semua pelajar yang terlibat juga turut dijalankan oleh sales team DIGI.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mengamalkan kawal selia kendiri serta menggunakan internet secara waspada dan positif.
• Dapat menarik minat pelajar sekolah untuk berkunjung dan menggunakan kemudahan ICT yang disediakan di PEDi Taman Bukit Cermin 3.
• Dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara PEDi Taman Bukit Cermin dengan SMK Bukit Cermin

Nama VIP :
• Tiada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :