TEMERLOH FUN RIDE & RUN 2023
Aktiviti terkini |11 Mac 2023Tempat Aktiviti:
Dataran Temerloh
Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Taman Bukit Cermin telah menyertai Temerloh Fun Ride & Run yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Temerloh
Tujuan :
• Melahirkan masyarakat yang mengekal dan mengamalkan gaya hidup sihat.
• Menggalakkan masyarakat untuk mempunyai tahap kecergasan yang tinggi dengan penyertaan aktit dalam aktiviti fizikal.
• Menerapkan budaya bersukan dan bersenam dalam kalangan masyarakat.
• Mengurangkan “stress” melalui aktiviti sukan atau riadah.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sukarelawan/urus setia program menerangkan terlebih dahulu tentang syarat-syarat pertandingan kepada semua peserta semasa pendaftaran.
• Setiap penyertaan daripada peserta akan diberikan baju larian Fun Run.
• Program ini juga turut diserikan dengan sesi memanaskan badan dan senamrobik sebelum larian dimulakan. Para peserta memulakan larian sejauh 5km manakala peserta berbasikal sejauh 35km.
• Semua peserta berjaya menamatkan larian hingga ke garisan penamat dan menerima pingat larian dengan jayanya.
• Tidak lupa juga acara cabutan bertuah yang dinanti-nantikan oleh semua peserta Temerloh Fun Ride & Run.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan aktiviti fizikal terhadap tubuh badan serta kesihatan diri.
• Dapat melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.
• Peserta daripada komuniti setempat dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang sihat dan berfaedah.
Nama VIP :
• Puan Jezlily Binti Jamaluddin, SMP.Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Temerloh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :