WATERCOLOR PAINTING

Aktiviti terkini |10 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Bukit Cermin 3

Ringkasan Aktiviti :
• Satu aktiviti mewarna menggunakan warna air anjuran PEDi Taman Bukit Cermin 3 yang melibatkan pelajar berumur 13 – 14 tahun daripada komuniti Taman Bukit Cermin.

Tujuan :
• Meningkatkan daya kreatif dan menonjolkan bakat dalam mewarna dikalangan peserta.
• Meningkatkan tahap konsentrasi & tumpuan para peserta.
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas dengan ahli PEDi.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Petugas menerangkan terlebih dahulu tentang aktiviti yang akan dilakukan kepada semua peserta.
• Setiap peserta mendapat satu lukisan bergambar yang perlu diwarnakan menggunakan warna air.
• Para peserta mewarna menggunakan warna air mengikut kreativiti masing-masing.
• Sesi penyampaian hadiah serta bergambar mengakhiri aktiviti pada hari tersebut.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat melahirkan generasi muda untuk berfikir secara kreatif dan inovatif.
• Golongan muda daripada komuniti setempat dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang seronok dan berfaedah.
• Dapat mengeratkan hubungan baik antara petugas dengan ahli PEDi.

Nama VIP :
• Tiada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :