STEM : WALKING WATER EXPERIMENT

Aktiviti terkini |15 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Bukit Cermin 3

Ringkasan Aktiviti :
• Satu aktiviti berkonsepkan eksperiment berkaitan pergerakan air anjuran PEDi Taman Bukit Cermin 3 yang melibatkan pelajar sekolah rendah di sekitar komuniti Taman Bukit Cermin.

Tujuan :
• Mengenal perubahan warna sekunder daripada dua warna primer menggunakan tindakan kapilari sains.
• Meningkatkan daya kreatif dan berfikir para pelajar.
• Meningkatkan tahap konsentrasi & tumpuan para pelajar.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Petugas memberi penerangan serba sedikit terlebih dahulu tentang aktiviti yang akan dilakukan kepada semua pelajar.
• Bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan eksperiment ini ialah air, cawan plastik, pewarna dan tisu.
• Kesemua pelajar yang juga ahli PEDi sama-sama menyiapkan eksperiment ‘Walking Water’ ini mengikut langkah-langkah yang diarahkan.
• Air bergerak ke atas tisu melalui proses yang dipanggil tindakan kapilari dan proses ini mengambil masa kira-kira 50 minit untuk air dari cawan yang berisi air bergerak ke dalam cawan yang kosong.
• Pada akhir eksperiment ini, perubahan warna air pada cawan yang kosong juga dapat dilihat.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat melahirkan generasi muda yang berfikiran secara kreatif dan inovatif.
• Golongan muda daripada komuniti setempat dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang seronok dan berfaedah.
• Dapat mengeratkan hubungan baik antara petugas dengan ahli PEDi.

Nama VIP :
• Tiada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :