WORD SEARCH CONTEST (COMPUTER PARTS)

Aktiviti terkini |14 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Bukit Cermin

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Taman Bukit Cermin telah mengadakan pertandingan Word Search berkaitan peralatan komputer yang telah disertai oleh sebilangan pelajar di sekitar Taman Bukit Cermin.


Tujuan :
• Mendedahkan kepada peserta tentang kemahiran asas dalam penggunaan komputer.
• Menguji kemahiran berfikir serta menyelesaikan masalah bagi mencari perkataan tersembunyi dengan betul.
• Melatih dan merangsang daya kecekapan minda serta kebolehan peserta semasa menggunakan komputer.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Penerangan tentang aktiviti program dilakukan oleh petugas terlebih dahulu kepada semua peserta.
• Pertandingan diadakan secara atas talian dengan mengakses pautan https://thewordsearch.com/
• Semua peserta berjaya menyelesaikan aktiviti Word Search dengan jayanya.
• Peserta yang terpantas menyelesaikan Word Search dipilih sebagai pemenang.
• Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada semua peserta.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menarik minat pelajar sekolah di sekitar PEDi untuk berkunjung dan menggunakan kemudahan ICT yang disediakan di PEDi Taman Bukit Cermin.
• Dapat melatih peserta untuk sentiasa fokus dan komited dalam melakukan sesuatu.
• Golongan muda terutamanya pelajar sekolah dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah serta bersaing secara sihat antara satu sama lain

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :