KELAS ASAS SHOPEE BERSAMA AIM TEMERLOH

Aktiviti terkini |7 & 8 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Bukit Tingkat

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Taman Bukit Cermin bekerjasama dengan PEDi Bukit Tingkat untuk mengadakan program Kelas Asas Shopee selama 2 hari bersama usahawan di bawah naungan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Temerloh.


Tujuan :
• Membantu para peserta untuk mempromosi serta memasarkan produk mereka secara atas talian dengan menggunakan platform Shopee.
• Meningkatkan pengetahuan para usahawan untuk berniaga melalui platform Shopee.
• Melatih para usahawan untuk menggunakan platform Shopee dengan mahir.
• Mengeratkan hubungan kerjasama PEDi dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Temerloh.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kelas dimulakan dengan pendaftaran peserta program.
• Penerangan tentang kelas shopee dilakukan oleh petugas terlebih dahulu kepada semua peserta program.
• Petugas mengajar cara untuk peserta mendaftar akaun menggunakan platform shopee.
• Tutorial memuat naik produk, menerima pesanan dan pengeposan.
• Kelas Canva : Penciptaan logo kedai
• Sesi bergambar mengakhiri program pada hari tersebut.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran para usahawan dalam mempromosikan produk/jualan melalui platform Shopee.
• Dapat mewujudkan minat para usahawan untuk berniaga secara atas talian dengan menggunakan platform shopee.
• Para peserta dapat meluaskan lagi perniagaan serta meningkatkan keuntungan dengan memasarkan produk/jualan melalui plaform shopee.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :