SPONGE PAINTED ICE CREAM CRAFT

Aktiviti terkini |20 Disember 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Bukit Cermin 3

Ringkasan Aktiviti :
• Satu aktiviti menarik yang telah diadakan oleh PEDi Taman Bukit Cermin 3 semasa cuti sekolah iaitu aktiviti menghasilkan lukisan aiskrim dengan menggunakan span dan warna air.

Tujuan :
• Meningkatkan daya kreatif dan menonjolkan bakat dalam berkarya dikalangan peserta.
• Meningkatkan tahap konsentrasi & tumpuan para peserta.
• Melatih dan mengawal koordinasi tangan-mata peserta.
• Meningkatkan kemahiran motor halus dengan mengecop span.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Petugas menerangkan terlebih dahulu tentang aktiviti yang akan dilakukan kepada semua peserta.
• Apa yang diperlukan hanyalah span, warna air dan kertas.
• Span akan digunting dalam bentuk bulat terlebih dahulu sebelum dicop.
• Para peserta menghasilkan aiskrim dengan mengambil span dan warna air lalu mengecop mengikut kreativiti masing-masing.

Kelebihan Aktiviti :
• Membolehkan kanak-kanak untuk meneroka lukisan dengan span dan mengawal kreativiti mereka.
• Dapat melahirkan generasi muda untuk berfikir secara kreatif dan inovatif.
• Dapat mengeratkan hubungan baik antara petugas dengan komuniti setempat.

Nama VIP :
• Tiada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :