MEMBUAT & MEWARNA SAMPUL DUIT RAYA SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti terkini |16 April 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Bukit Cermin 3

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Taman Bukit Cermin 3 telah mengadakan aktiviti membuat sampul duit raya bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
• Aktiviti santai ini melibatkan pelajar sekolah di sekitar Taman Bukit Cermin 3.

Tujuan :
• Memeriahkan suasana sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba.
• Mengeratkan hubungan sesama ahli PEDi Taman Bukit Cermin 3.
• Meningkatkan daya kreatif dan menonjolkan bakat dalam mewarna dikalangan kanak-kanak.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Petugas menerangkan terlebih dahulu tentang aktiviti yang akan dilakukan kepada semua peserta.
• Setiap peserta dikehendaki mewarna gambar sampul duit raya yang diberikan.
• Kemudian menggunting dan melipat kertas tersebut mengikut arahan yang diberikan sehingga menjadi sampul duit raya yang cantik.
• Program berakhir dengan sesi bergambar dan penyampaian hadiah kepada semua peserta yang terlibat.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat melahirkan generasi muda yang sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif.
• Dapat memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba kelak.
• Golongan muda terutamanya kanak-kanak daripada komuniti setempat dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang seronok dan bermanfaat.

Nama VIP :
• Tiada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :